BUNTU MENULIS? RUNGKAIKANNYA!
- Syafiq
- May 11, 2021
- 4 min read
Bayangkan situasi berikut:
Anda sedang berada di hadapan komputer riba, sedang cuba untuk menyiapkan tugasan berbentuk karangan yang perlu dihantar dalam masa dua hari. Tatkala anda tiba di perenggan keempat, tiba-tiba jari-jemari anda berhenti menari. Anda terkaku dan tidak tahu cara untuk menghuraikan isi utama dalam perenggan itu. Tak kira apa jua yang dilakukan, minda anda seakan-akan tidak mampu untuk mengagak apa ayat seterusnya yang perlu ditulis.
Adakah ini sesuatu yang anda pernah alami? Besar kemungkinan pernah, sekurang-kurangnya sekali. Gangguan secara tiba-tiba ini, yang sering berlaku kepada mereka yang sedang dalam pembikinan karya kreatif, secara lazimnya dikenali sebagai kebuntuan menulis. Istilah rasmi yang diguna pakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah ‘rintangan pengarang’. Satu kajian pada 2015 di Universiti Mustafa Kemal, Turki mendapati hampir 94 peratus daripada 426 pelajar yang mengambil bahagian menyatakan bahawa mereka pernah mengalami keadaan sebegitu.

Harus diingat, kebuntuan menulis (KM) tidaklah sama dengan berlengah-lengah. Berlengah itu berkait dengan kemalasan dan kurangnya minat, tetapi KM lebih kepada ketidakmampuan penulis untuk menjana idea tak kira sejauh mana yang dicuba. Secara saintifiknya, lawan kepada KM ialah hipergrafia, stau istilah teknikal di mana seseorang mempunyai kecenderungan atau keinginan yang kuat untuk menulis. Walau pun begitu, KM tidak dianggap sebagai satu masalah kesihatan. Namun, ada juga beberapa kajian mengenai KM yang dijalankan sebelum ini, termasuklah oleh organisasi Pakar Perubatan Keluagra Kanada pada 1998.
Antara karya popular yang mengangkat fenomena KM ini termasuklah filem Can You Ever Forgive Me? (CYEFM) lakonan Melissa McCarthy serta filem legenda The Shining arahan Stanley Kubrick. CYEFM adalah berdasarkan kisah benar Lee Israel yang memalsukan surat daripada penulis lain setelah bergelut dengan KM, namakala The Shining berpandukan kepada novel oleh Stephen King di mana watak utamanya berdepan dengan KM tatkala ditugaskan menjaga sebuah hotel terpencil.
Terdapat banyak cara untuk kita memahami bukan sahaja punca kepada KM, tetapi juga perkara yang lebih penting iaitu kaedah untuk mengatasinya. Di bawah ini adalah senarai petua yang anda boleh gunakan.
Lakukan aktiviti fizikal
Apabila pergerakan anda terbatas disebabkan oleh kerja, minda anda akan berasa letih dan itu yang akan menyebabkan KM. Maka, adalah amat mustahak untuk memastikan badan anda aktif sekali-sekala. Keluar dari kawasan kerja anda seketika dan lakukan aktiviti seperti pernafasan dalam, meditasi, senaman aerobik ringan, berlari-lari anak, atau menari. Melalui kegiatan ini, anda bukan sahaja meregangkan badan malah menyegarkannya semula. Selepas itu, anda pasti akan mampu meneruskan tugas dengan minda yang lebih terbuka dan bertenaga.
Dapatkan tidur yang cukup
Kadang kala, penyelesaian ketara kepada KM hanya memerlukan anda untuk mendapatkan rehat secukupnya. Menulis memerlukan tahap tenaga mental yang amat tinggi dan ia boleh berkurangan dengan begitu pantas terutamanya jika anda bekerja dalam persekitaran yang bertekanan. Anda akan tiba pada satu tahap di mana anda tidak lagi mampu untuk memberi perhatian kerana keletihan. Sebaik sahaja anda berasa mengantuk, berhenti menulis atau menaip, dan tidurlah sejenak kerana itu tandanya otak anda memerlukan rehat. Tidak syak lagi selepas bangun. Anda akan berasa lebih baik dan segar, sekali gus memudahkan anda untuk menyambung kembali tugas.
Tulis secara rambang
Jika anda sedang mengalami KM, cuba tuliskan apa sahaja yang bermain di fikiran anda, walau pun ia mungkin tiada kena-mengena dengan tugas semasa. Teknik ini dikenali sebagai penulisan bebas. Semasa melakukannya, anda boleh sahaja mengubah topik sebanyak mana yang anda mahu serta abaikan kesalahan tanda baca. Proses ini membantu melapangkan minda anda supaya ia boleh dipenuhi oleh fikiran yang berkait rapat dengan tugas anda. Bukan itu sahaja, anda beberapa perkara rawak yang anda baru tulis itu mungkin berguna sebagai panduan dan boleh diselitkan sebagai sebahagian daripada hasil kerja anda.
Elakkan gangguan
Keselesaan adalah anda ciri terpenting yang boleh mempengaruhi cara anda melakukan tugasan penulisan. Anda pasti akan mahu bekerja di dalam ruang yang menyenangkan kerana anda mungkin akan menghabiskan masa berjam-jam lamanya di situ. Pastikan ruang itu bebas daripada gangguan luaran, seperti bunyi atau bauan yang tidak diingini. Pasang fon telinga jika anda rasa mendengar muzik membantu anda untuk fokus, atau nyalakan lilin aromatik jika anda rasa ia membantu anda untuk bertenang. Menyelaraskan tempat serta posisi duduk, memastikan tetapan komputer yang betul, serta sambungan internet yang lancar adalah antara perkara lain yang boleh dilakukan bagi mengayakan pengalaman anda. Atmosfera sebegitu akan pasti mampu menghasilkan kesan positif terhadap kemajuan tugas anda.
Tanyakan soalan
Salah seorang ahli sains dan astronomi terkenal dunia Carl Sagan adalah antara orang yang pertama mengatakan bahawa tidak ada soalan yang dianggap bodoh. Sudah pasti, ramai antara kita yang pernah mendengar kata-kata hikmah itu sebelum ini. Apabila bercakap tentang proses menulis, anda perlu memiliki nilai ingin tahu yang tinggi. Jika anda terkandas, tanya kepada diri sendiri – bagaimana saya patut habiskan ayat ini, ke mana hala tuju perenggan ini, atau apakah idea yang boleh saya guna untuk huraikan isi ini. Sentiasa muncul dengan soalan-soalan yang akan mendorong anda untuk berfikir di luar kotak. Jangan terperanjat jika jawapan yang anda dapat daripada soalan sebegitu akhirnya menjadi bahan yang anda perlukan untuk menyiapkan tugas.
Menghasilkan karya tulisan yang molek strukturnya adalah sesuatu yang hanya boleh dilakukan dengan sepenuh hati. Bagi menghasilkan dapatan sedemikian, waima individu yang paling kreatif dan rajin sekali pun mungkin takkan dapat lari daripada berdepan KM sepanjang proses itu. Maka, usah kecewa dengan diri sendiri jika anda bergelut dengan KM ketika menulis. Akhirnya, langkah terpenting yang anda boleh ambil adalah dengan mencari jalan keluar, walau pun laluan itu mungkin tampak tak logik.
SOURCE/SUMBER:
Bachofen, A. (2014). 10 ways to beat writer’s block. Retrieved May 5, 2021, from https://authornews.penguinrandomhouse.com/10-ways-to-beat-writers-block/
Flaherty, A. W. (2004). ‘Writer’s block as brain state’. In The midnight disease: the drive to write, writer’s block, and the creative brain (pp. 108-148). New York: Houghton Mifflin.
Huston, P. (1998). Resolving writer’s block. Canadian Family Physician / Le Médecin Famille de Canadien, 44, 92-97. Retrieved from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/ articles/PMC2277565/
Sambuchino, C. (2013). 7 ways to overcome writer’s block. Retrieved May 6, 2021, from https://www.writersdigest.com/whats-new/7-ways-to-overcome-writers-block
Zorbaz, K. Z. (2015). The effects of various variables on university students’ writer’s block levels. The Anthropologist, 21(1-2), 311-322. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/283510349_The_Effects_of_Various_Variables_on_University_Students'_Writer's_Block_Levels




Dive into the excitement of real-time betting with the official 12bet platform! Bet wisely with 12bet login and earn real cash rewards. Whether you're into cricket, football, or casino games, you can find it all in one spot. Getting started is a breeze with simple and secure access whenever you need it. Trusted by users all over India, 12 bet is the go-to choice for winners. Discover all your favorite games at 12bet the ultimate hub for online betting in India!
Click here to explore:https://12betin.in/
Enjoy exciting online gaming with Playexch, India’s trusted platform for sports betting and live casino fun. Get quick payouts, real-time updates, and a secure space to play. New users can register easily through Playexch Sign Up and start instantly with Playexch in Login.For nonstop action, Playexch keeps you connected anytime, anywhere. From cricket betting to casino games, Playexch makes your gaming journey smooth and rewarding.
Click here to explore:https://playexch.ind.in/
I recently explored Reddy Anna Book and was impressed by the clean design and simple sign-up process. Their teen patti game section feels lively and well-organized, making it easy for both new and experienced players to enjoy seamless gameplay.
To know more Visit : https://reddyannabook.today/
I’m not someone who usually leaves comments, but JCS book genuinely helped me understand the basics of using a Betting Exchange. It’s one of the few sites that feels like it’s made for regular people, not just pros.
To know more visit : https://jcsbook.com/
I recently jumped on board with Sky Exchange, and let me tell you, it’s been quite the adventure! The sky Exchange login process was a breeze—literally took just a minute, and everything ran like clockwork from there. I’ve mainly been into cricket betting, but I’m also really enjoying the live casino games. It’s super easy to use and doesn’t lag at all. I’d definitely recommend it to my friends who are into online gaming!
To learn more visit : https://skyeexchange.org.in/